I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday 7 March 2014

PEMBELA AGAMA YANG TERPUJI ^_^

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEMUA ^_^

KENAPA DENGAN PEMBELA AGAMA YANG TERPUJI ?? ITU MAKSUD NAMA SALAH SEORANG SAHABAT SAYA , ABANG SAYA DAN SEORANG SAUDARA ISLAM BARU 2 TAHUN IAITU MUHAMMAD WALIUDDIN .. 

Sungguh indah maksud Muhammad Waliuddin .. Pembela Agama yang Terpuji .. Akhlak beliau memang sama seperti nama beliau .. Beliau baru masuk islam selama 2 tahun .. tetapi akhlak beliau seperti para ulama .. saya gelar beliau En.Wali .. sebab beliau dahulu kerja di Cybernatic tempat kakak saya belajar .. First kenal beliau ketika Raya 2013 .. Masa itu beliau bersama dengan Abang Harris, Abang Haikal, dan Abang Arul .. Kami makan di kedai mamak iaitu Ameer Ehsan .. Kakak saya perkenalkan beliau dan kami memperkenalkan ketupat kepada beliau .. Masa itu raya korban .. tak ingat berapa haribulan .. En.Wali berasal daripada Sarawak dan berbangsa Cina .. Setiap kali pandang wajah beliau , beliau sentiasa senyum dan peramah orangnya ..

Kami mula rapat ketika Hiking .. En.Wali membawa kami ke Gunung Nuang dan tolong kami membawa barang2 kem .. Beg hiking dia , berat ,macam peti ais .. Semua dalam beg tu , semua barang2 keperluan kami di kem .. Beliau sedikit pun tidak merungut .. Alhamdulillah beliau seorang yang penyabar .. Alhamdulilah Allah telah pertemukan saya dengan sahabat yang sungguh dalam ilmu agama islam walaupun baru 2 tahun memeluk islam .. Alhamdulillah Ya Allah .. Sesungguhnya , Engkaulah sebaik baik perancang .. ^_^

Dengan hubungan silaturrahim kami , aku telah perkenalkan En.Wali kepada keluargaku .. Bukan sahaja perkenalkan En.wali sahaja tetapi Abg Fitri , abg rio, abg rafie, abg harris turut diperkenalkan kepada keluarga saya supaya hubungan persahabatan ini diketahui oleh keluarga saya .. Keluarga saya turut berasa senang dengan kehadiran mereka .. Alhamdulillah Ya Allah ..

Setelah sekian lama berkenalan , saya dapat tahu bahawa En.Wali ingin bermusafir untuk mencari keberkatan ilmu agama dan disebarkan kepada kita semua .. Beliau kata , beliau tak nak dianggap sebagai ustaz2 sahaja tetapi ingin dikenali sebagai Para Ulama dan tergolong dalam orang2 alim .. sebab beliau kata ,ustaz2 dimuka bumi Allah ini ramai tetapi para ulama boleh dikira dengan jari dan disenaraikan di seluruh muka bumi Allah ini .. Begitu mulianya hati beliau .. 

Beliau berkata kepadaku "selama 20 tahun saya hidup dalam kejahilan dan selama 2 tahun saya hidup dalam kebodohan .." MasyaAllah .. Sungguh pekerti mulianya beliau ..

6 March 2014 ..

pada tarikh inilah hari ulang tahun En.Wali yang ke 23 .. Alhamdulillah masih dipanjang umurnya .. dan pada tarikh inilah saya dapat tahu En.Wali ingin bermusafir seorang diri .. Jadi,seperti yang saya rancang,saya ingin memberinya serban sebagai hadiah hari ulang tahun sekali gus menjadikan serban itu sebagai peneman beliau ketika bermusafir .. kenapa serban ? sebab .. En.Wali pernah cakap yang dia ingin menjadi seperti sahabat nabi yang mempunyai 2 serban,2jubah sahaja sebagai pakaian harian .. sampai begitu sekali En.Wali fikir ..

7 March 2014 ..

saya pergi ke Maluri untuk bertemu dengan En.Wali .. yelaa .. mungkin ini kali terakhir perjumpaan kami .. jadi saya menggunakan peluang ini sebaik baiknya .. tetapi apakan daya .. Allah sebaik baik perancang .. saya pergi kesana tetapi lewat dan masa yang ingin diluangkan sangat lah sedikit .. tetapi tak apa, sekurang kurangnya dapat berjumpa .. pukul 6.30 saya sampai sana .. berborak dengan En.Wali personal ..
saya : macam mana En.Wali boleh terfikir nak bermusafir?

En.Wali : sebab..Allah sentiasa mengingatkan saya tentang kematian..dah banyak benda saya lalui,banyak benda yang saya tak sepatutnya rasa,saya rasa..selama 20 tahun saya hidup kejahilan dan selama 2 tahun saya hidup dalam kebodohan .. kenapa jahil dan kenapa bodoh? bodoh seperti,contoh saya ada buku fizik,buku nota tebal fizik,bukulatihan fizik tetapi saya tetap gagal ujian fizik..ini sebab saya tak belajar .. jahil macam atau seperti,saya langsung tiada buku fizik,tidak belajar fizik and buku latihan fizik pun saya takde..sebab tu saya gagal fizik ..nampak perbezaan dekat situ kan?

saya: nampak .. saya pun sedar bertapa bodohnya saya .. tetapi kan, first destinasi En.Wali untuk bermusafir dekat mana ?

En.Wali : sekitar semenanjung Malaysia .. selagi saya boleh berjalan untuk mencari ilmu saya berjalan sehingga lah sebelum magrib saya mungkin akan singgah mana2 contoh masjid ke .. dan duit poket saya sekarang ada 10 ringgit je .. dalam beg silang saya ada dua jubah termasuk yang saya pakai sekarang,kayu sugi,pencukur,pengetip kuku,pengorek telinga,sehelai serban,dua buku dan salah satunya ialah Iqra' yang pertama kali saya baca ketika memeluk islam dan sehelai seluar slack yang saya sedang pakai nie .. itu sahaja .. yang lain saya sudah dermakan .. kesemuanya .. dan setakat nie , apa yang saya dermakan,saya berasa gembira ..

saya hanya mampu tersenyum melihat akhlaknya .. dalam hati saya sentiasa berkata,bertapa bodohnya saya tentang agama sendiri .. Akhirnya saya beri serban yang dibeli sempena hari ulang tahun kelahirannya dan serban itu lah yang menjadi peneman sepanjang beliau bermusafir ..

beliau pernah berkata kepada saya .. Hadiah yang paling terbaik buat saya ialah , doakan Muhammad Waliuddin sentiasa diberkati hidup dunia dan akhiratnya , diberkati ilmu agama yang dipelajarinya dan disampaikan kepada umat islam yang lain .. InshaAllah .. Amin .. ^_^

7 MARCH 2014 ,9.20PM

saya berangkat dari maluri ke klang .. mungkin hari dan detik terakhir saya berjumpa En.Wali .. InshaAllah kami berjumpa lagi ya,En.Wali .. sepanjang perkenalan kita, saya tidak pernah berasa rugi sedikit pun sebab setiap kali perbualan kita pasti ada unsur2 keislaman .. dan banyak pengajaran yang saya boleh dapatkan daripada kisah En.Wali .. banyak nasihat yang dapat saya terima pakai ..banyak perubahan yang telah saya lakukan atas diri saya atas pedoman kisah En.Wali .. Terima Kasih Ya Allah kerana mengirimkan saya sahabat yang saling ingat mengingati .. sesungguhnya Kaulah sebaik baik perancang Ya Allah .. Beliau hadir ketika zaman kebodohanku dan pergi bermusafir ketika segala kehidupan ku telah berubah ke arah jalan Mu ..

itu sahaja kisah saya .. mungkin dapat dikongsikan bersama teman2 yang lain dan dijadikan pengajaran ..InshaAllah ..

Assalamualaikum ^_^ 

No comments:

Post a Comment